Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Saturday, September 11, 2004

cinta fotokopi

TIDAK sampai lima tahun, Razak Mohaideen telah mengarahkan 14 buah filem dan yang terbaru berjudul Cinta Fotokopi.Selain mengarah, Razak juga bertindak sebagai penulis skrip filem ke-16 yang diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production (MMP) itu.Menurut Razak, Cinta Fotokopi asalnya adalah sebuah drama radio dan ia merupakan skrip pertama tulisannya.``Saya tulis skrip filem ini pada hujung tahun 1980-an. Judul asalnya ialah Kemarau Di Lautan Banjir.``Skrip ini pernah dijadikan drama radio yang mengambil masa siaran selama 30 minit dan disiarkan menerusi Radio Malaysia Pulau Pinang sekitar tahun 1988 hingga 1989.``Saya banyak kali mengubah skrip filem ini sebelum mengangkatnya ke layar perak. Kali terakhir saya mengolah semula skrip filem ini ialah empat bulan lepas,'' kata Razak sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas majlis doa selamat penggambaran filem itu di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.Jelas Razak, dia optimis dengan sambutan Cinta Fotokopi kerana ia adalah sebuah filem komersial cinta remaja.``Tahun lalu saya mengarahkan filem Kuliah Cinta yang mempunyai genre yang sama seperti Cinta Fotokopi dan ia mendapat sambutan para penonton.``Sewaktu tayangan Kuliah Cinta berakhir pada Februari lalu, filem ini mengutip kutipan tiket sebanyak RM4.2 juta.``Jumlah itu adalah antara kutipan paling tinggi dalam sejarah MMP sebagai penerbit filem,'' ujarnya.Cinta Fotokopi yang menelan kos penerbitan RM1.3 juta ini akan memulakan penggambara pada 10 September ini di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.Pelakon yang terbabit dalam filem ini terdiri daripada bekas graduan Akademi Fantasia 2 iaitu Zarina, Adam, Bob dan Khai (AF1).Filem ini turut menampilkan tiga pelakon baru iaitu Irma Hasmie Ibrahim, Noorainie Saadiah dan Yasotha Sooriyamunthi.Kata penerbit Cinta Fotokopi, David Teo, MMP memberi peluang kepada barisan pelakon baru tersebut untuk mengetengahkan bakat mereka dalam dunia lakonan.``Ini bukan kali pertama MMP memperkenalkan pelakon baru dalam sebuah filem.``Sebelum ini, MMP pernah menerbitkan filem Mistik yang menampilkan 80 peratus pelakon baru. Ternyata filem ini mendapat sambutan ramai,'' kata David.Cinta Fotokopi mengisahkan tentang Zurina (lakonan Zarina) yang menggunakan kecantikan dirinya untuk mempermainkan perasaan lelaki.Khairul (Khai) salah seorang mangsa berazam mahu membalas dendam atas perbuatan Zarina terhadapnya

0 comments: